5

NAME CARD / BUSINESS CARD

 

KEPENTINGAN “NAMECARD” SEBAGAI USAHAWAN / AHLI PERNIAGAAN?

“Namecard” digunakan sebagai alat (Tools) untuk memberitahu bakal “prospek” atau pelanggan tentang aktiviti perniagaan yang dilakukan.

DIKENALI DI PERINGKAT LEBIH TINGGI.

Ia bukanlah perkara wajib bagi setiap usahawan tetapi merupakan alat (Tools) yang berkesan bagi memperkenalkan diri anda sebagai seorang usahawan dalam industri anda sendiri.

Jika bernasib sangat baik, bakal pelabur dari dalam atau luar negara suka mengenali kekuatan dan kehebatan diri anda dalam industri yang anda usahakan.

Menunjukan anda seorang “Professional” yang hebat dalam membangunkan nama baik syarikat anda di seluruh negara.

Kebaikan lain, anda dapat bertukar “Namecard” dengan kawan-kawan lain di kelas atau seminar yang anda “attend”.

Dari situ juga anda bakal dapat pelanggan baru serta ber-Networking untuk berada dalam “Circle Positive” bagi menambah ilmu dalam bidang yang berbeza.

BANTUAN TAK DIJANGKA.

Paling “Best”, anda dapat bantuan dari kawan baru. Bantuan seperti tunjuk ajar bagi mengembangkan perniagaan anda ke arah yang lebih baik.

Boleh jadi bantuan tersebut datang daripada pertolongan anda sendiri daripada kawan “Networking” anda sebelum ni.

Kadang tu, bantuan datang dari kawan kepada kawan “Networking” anda dengan cara mempromosikan perniagaan anda kepada orang lain.

PERKARA PENTING & WAJIB ADA PADA NAMECARD?

      1. Nama Syarikat
      2. No.SSM (Jika ada)
      3. Nama Penuh Personal
      4. Jawatan Terkini
      5. No. Handphone
      6. Alamat Pejabat