MAKSUD TERSIRAT ‘STIKER’.
Stiker merupakan (Tools) alat yang terbaik untuk mempromosikan perniagaan dengan hanya guna ‘kos’ yang rendah tetapi dapat beri ‘impak’ sangat tinggi dengan ‘Design’ terkini yang Cantik, Kemas & Menawan Hati pelanggan yang melihat.
KESAN ‘IMPAK POSITIF’ DENGAN STIKER
Peniaga kecil atau usahawan muda yang baru ‘join’ dalam industri perniagaan amat menitik berat tentang ‘kos pengeluaran’. Dengan menggunakan stiker sahaja dapat menaikan ‘Brand’ dan ‘Sales’ perniagaan.
Perniagaan yang sering-kali mengunakan stiker sebagai ‘label’ produk untuk tampal pada produk mereka.
Antaranya, produk makanan, minuman, kecantikan, kesihatan, wangian dan banyak lagi.
SITUASI:
Cuba anda bayangkan, anda nak jual produk kepada pelanggan. Anda berjaya nak jual untuk kali pertama tapi pelanggan anda nak beli untuk kali kedua alami masalah untuk ‘contact’ anda semula.
Sebab apa…?
“Betul”. Pelanggan tadi tak nampak ‘stiker label’ pada produk anda yang ada tertera No. Hp dan butiran lain berkenaan produk anda.
Kebanyakan pelanggan sebelum membeli, kebiasaanya mereka akan tengok dan lihat pada ‘stiker label’ untuk tahu bahan yang digunakan, logo halal, jenama, no, telepon dan sebagainya.
‘BERDAYA SAING’ DENGAN STRATEGI HEBAT.
Tahun 2019, terlalu ramai kelahiran usahawan baru dan produk yang ada di pasaran. Sudah pasti pesaingan semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Bersaing sesama pesaing tidak lagi relevan ketika ini. Jika anda bersaing dengan ‘jerung’ produk yang ‘Brand’ dah naik, anda pasti akan kalah awal.
Cara terbaik adalah dengan ‘berdaya saing bukan bersaing’. Berdaya saing lebih baik bagi perniagaan anda untuk ‘survive’ di masa akan datang.
3 CARA BERDAYA SAING YANG HEBAT.
Cara berdaya saing yang dapat mengalahkan ‘Pesaing’ (Pihak Lawan) tanpa perlu menjatuhkan pesaing anda dengan cara yang salah.
1- Menambah ilmu berkenaan Marketing, Planning, Strategi dan lain-lain.
2- Berani ambil risiko yang mampu di tangani untuk mengembangkan perniagaan.
3- Sentiasa ‘Update’ perbaiki kelemahan sistem pengurusan dari masa ke semasa.

Leave a reply