fbpx

"MITOS" PEMIKIRAN SEORANG USAHAWAN

 

MITOS“.

Sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Perkara pertama yang perlu dibuang adalah cara pemikiran salah / mitos

MITOS #1 – [ USAHAWAN DILAHIRKAN BUKAN DICIPTA ].

Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan usahawan yang berjaya itu disebabkan dilahirkan dari keturunan / keluarga yang sudah berjaya.

Beranggapan bahawa usahawan perlu ada “Gen” yang berasal dari nenek moyang mereka yang sudah menjadi usahawan berjaya.

MITOS #2 [ USAHAWAN DATANG DARI TERPELAJAR TINGGI ].

Berjaya seseorang itu bukan diukur dari sejauh mana dia belajar diploma ,ijazah atau lebih tinggi lagi. Majoriti usahawan yang sudah berada diatas dengan status usahawan berjaya itu, kebanyakan dari mereka hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja atau lebih rendah lagi tak habis belajar.

Semua itu bukan penghalang bagi mereka untuk terus berjaya dalam bidang yang mereka minat.

MITOS #3 [ MENJADI USAHAWAN PERLU ADA DUIT / MODAL BANYAK ].

Salah sama sekali. Memiliki modal yang tinggi sekali pon bukan penentu bisnes dapat bertahan & berkembang dengan lebih pesat.

Zaman sekarang duit modal tidak lagi menjadi asbab utama sesuatu bisnes itu dapat bertahan. Zaman Era Moden, terlalu ramai pesaing atau usahawan baru seperti “baru tumbuh selepas hujan lebat”.

Yang menjadikan sesuatu bisnes dapat berkembang pesat adalah disebabkan “ILMU”. Ia lebih bernilai dari duit modal. Dengan ilmu yang ada dapat menambah hasil duit tetapi duit sentiasa akan berkurang dan habis.

MITOS #4 – [ USAHAWAN TIADA JAMINAN MASA HADAPAN ].

Jika benarlah usahawan tiada jaminan masa hadapan, bagaimana mungkin bisnes Rasulullah saw dapat berkembang pesat sampai berjaya yang hanya bermula sebagai bisnes TRADER.

Kurang keyakinan dan sifat kebergantungan kepada Takdir ketetapan rezeki dari Allah SWT menjadi punca “HATI” cepat rapuh dan sentiasa memikirkan masalah duit & harta.

MITOS #5 – [ USAHAWAN BERGANTUNG PADA NASIB ].

Mitos ni sering kali difikirkan oleh orang diluar sana. Mereka tidak faham selok-belok bisnes dengan betul. Ada yang berpendapat, usahawan seperti hanya menunggu nasib atau rezeki datang depan mata sahaja tanpa berbuat pelbagai usaha.

MITOS #6 – [ BERBISNES IKUT “TREND” ].

Ya betul ada usahawan yang buat bisnes ikut “Trend” tapi tidak salah sebenarnya kerana usahawan sentiasa nampak & cari peluang untuk menambahkan pendapatan kewangan. Ada baik dan buruknya berbisnes hanya ikut “Trend”. Bisnes seperti ni tidak kekal lama.

Apabila “Trend” bisnes tu sudah “Mati” atau sudah beralih arah ke “Trend” yang baru, akan menyebabkan kejatuhan bisnes tersebut.

Bisnes yang akan kekal lama adalah bisnes yang sentiasa mendapat sambutan & kemahuan pelanggan walau dimana atau bila masa sahaja. 

 
Close Menu
×

Cart