(BRAND) NAIK SEBAB STICKER JE !
Dalam pasaran Malaysia, terlalu ramai usahawan baru yang menjual produk baru atau ‘Copy Paste’ yang telah lahir hasil daripada terinspirasi dari kisah-kisah kejayaan jutawan produk sebelum mereka.
Namum, bukan itu yang kami nak ceritakan tapi ada 1 perkara yang ramai usahawan baru terlepas pandang .
Ia mungkin perkara remeh tapi sebenarnya, ia antara salah satu ‘Strategi Marketing’ paling awal digunakan oleh usahawan baru.
Sticker adalah ‘Strategi Marketing’ paling awal dan sering di pandang remeh.
Sedangkan, sticker merupakan punca kuat (Brand) mudah naik & dikenali ramai orang.
1. LOGO (BRAND) – Pelanggan mudah kenal (Brand) yang diyakini oleh pelanggan melalui “Jatuh cinta pandang pertama”.
2. BAHAN DIGUNAKAN – Bahagian ni para pelanggan sangat ‘Alert’ untuk tahu lebih tentang bahan digunakan samada baik untuk kesihatan tubuh badan atau tidak.
3. TEMPAT PROSES – Yang ni pelanggan tidak ambil berat sangat tapi bergantung pada produk.
4. DI IKTIRAF KERAJAAN – Label ni sangat penting untuk pelanggan supaya mereka lebih yakin dengan produk yang digunakan.
5. NO. TELEPHONE – Penting supaya mudahkan urusan jual-beli untuk pembelian seterusnya.
6. HARGA – Bahagian ni sangat ‘Sensitive’ bagi setiap pelanggan yang membeli.
Semua ciri-ciri di atas perlu ada dalam stiker tapi paling Utama adalah (Logo) sebab ia perkara utama pelanggan akan ingat (Brand) produk anda sampai bila-bila.
Jangan lepaskan peluang untuk anda naikkan jualan (Sales) hanya perlu buat stiker sahaja supaya (Brand) anda cepat naik & dikenali (Famous) di pasaran seluruh Malaysia.
Leave a reply