FLYERS MASIH BERKESAN ATAU TIDAK ?
Kata nama lainnya adalah risalah yang jarang sekali digunakan & merupakan medium pengiklanan atau pemasaran yang terkenal ketika dahulu.
Ketika dahulu ‘Flyers’ atau risalah amat berguna dan sangat berkesan digunakan untuk iklankan produk atau servis perniagaan sebelum munculnya medium ‘Internet’.
Ya. Masih berkesan Tuan & Puan. Walaupon masih berkesan tetapi perlu sediakan ‘Planning & Strategy’ untuk ‘Design Flyers’ yang berkualiti dan cari tempat edar paling sesuai.
Cara terbaik untuk design Flyers
Gambar atau ayat yang dimasukkan dalam ‘Flyers’ perlulah yang penting sahaja. Tak perlu terlalu ‘Crawded’ atau banyak gambar. Jika tidak ‘Flyers’ akan jadi tidak menarik perhatian pelanggan untuk membeli.
Kolor juga memainkan peranan sangat penting supaya mata pelanggan yang memandang ‘Flyers’ anda terus terpikat dan melekat. Bak kata “Dari mata turun ke hati”. Hehe.
Perlu tahu tempat berpotensi tinggi.
Ya, nak edar bukan boleh suka-suka letak ‘Flyers’ anda. Ada tempat dijaga pengawal keselamatan dan ada tempat bebas dari sebarang ‘Rules’ dari pihak lain.
Yang paling penting, anda kena buat sedikit kajian atau analisis sebelum edar ‘Flyers’ di suatu tempat tertentu. Dengan cara ni, peratusan untuk anda dapat tahu tempat paling strategi dan sesuai amat cerah.
Secara tidak langung, ‘Flyers’ yang anda edar pasti dapat pulangan keuntungan dari pelanggan yang tepat selepas kajian suatu tempat lakukan.
Antara tempat tumpuan orang ramai adalah di parking mall, masjid, cawangan bank. Semua tempat tersebut sangat sesuai edar ‘Flyers’.

Leave a reply